Pada 21 Julai, mesyuarat pengawas akan diadakan untuk membincangkan mengenai peralihan kuasa dari ketua pengawas yang lama, (Mohd Zubir Zailani) kepada yang akan dilantik (Mohd Afif Faiz). Mesyuarat tersebut akan membincangkan pelbagai agenda lain bagi memantapkan disiplin pelajar mahupun pengawas untuk mencapai matlamat unit pengawas iaitu 'Kearah Masalah Disiplin Sifar'.
Ketua Pengawas,
Mohd Zubir
Tuesday, July 19, 2011
Info Terkini
Posted by Unit Pengawas SMKTF at 11:44 PM 0 comments
Tuesday, March 1, 2011
Laporan Bulan Febuari
Posted by Unit Pengawas SMKTF at 5:15 AM 0 comments
Wednesday, November 3, 2010
Lokasi SMK Taman Fajar
Terdapat dua perumahan yang amat hampir ( Sebelah pagar sahaja) iaitu Taman Rimba dan Taman Fajar. Berdasarkan kepada peta , kedudukan kami amat hampir dengan kawasan perniagaan seperti Bandar Labuk Jaya ( Dalam Pembangunan) , Fajaria dan Bandar Sibuga Jaya.Ini memudahkan urusan penduduk sekitarnya .Kawasan ini merupakan satu kawasan yang banyak kawasan penempatan yang padat dan sesuailah mengapa terdapat beberapai sekolah menengah dan rendah bagi menampung keperluan pendidikan penduduk sekitarnya.
Dengan kemajuan pesat di kawasan ini, kemudahan perhubungan jalanraya juga telah dipertingkatkan lagi dengan siapnya beberapa jalanraya yang meliputi keseluruhan Daerah Sandakan bermula sekitar Batu 7 ( Kilometer 11 Jalan Labuk )sehinggalah ke kawasan Batu Sapi.Kemudahan seumpama ini menjadikan Sandakan satu kawasan yang mudah dilawati bagi tujuan pelancongan.Datanglah sendiri.
Posted by Unit Pengawas SMKTF at 6:18 AM 0 comments
Sejarah SMK Taman Fajar
Kami mula dibuka untuk operasi pada Disember tahun 1992 dengan memiliki dua bangunan utama.Pada ketika itu , hanya terdapat pelajar Tingkatan satu ( 4 Kelas ), Tingkatan dua ( 1 Kelas ) dan Tingkatan 4 ( 1 Kelas ) sahaja.Ini bermakna PMR dan SPM kami bermula pada tahun 1993.Pada peringkat awalnya ,sekolah ini diberi nama SMK Sandakan II tetapi kemudiannya diubah kepada SMK Taman Fajar.
Posted by Unit Pengawas SMKTF at 6:13 AM 0 comments
Latar Belakang
SMK Taman Fajar WDT.No 83 90500 Sandakan Sabah.Boleh dihubungi di talian 089-668122 dan email di smkfajar@tm.net.my .Kami merupakan sebuah sekolah gred B dan dikategorikan sebagai sekolah bandar.Kedudukan kami yang strategik iaitu berhampiran dengan pusat pentadbiran kerajaan negeri dan persekutuan serta berhampiran dengan Lapangan Terbang Sandakan.
Posted by Unit Pengawas SMKTF at 6:11 AM 0 comments
Pengurusan Panitia
- Penyediaan Rancangan Tahunan setiap mata pelajaran.
- Mengemaskini dan membuat perancangan mengikut Panitia.
- Kursus-kursus Dalaman yang berkaitan dengan subjek.
- Persediaan Minggu Akademik mengikut subjek sepanjang tahun yang biasanya dibuat secara bergilir setiap subjek.
- Ujian dan Peperiksaan Dalaman.
- Kelas-Kelas Tambahan.
- Program Cemerlang,Gemilang dan Terbilang Kurikulum PMR dan SPM.
- Kelas-Kelas GALUS dan KUANTUM PMR dan SPM.
- Pelaporan Panitia
- ETeMS /PPSMI
- Program Penghargaan - Anugerah Bestari
- Program Gerak Gempur PMR dan SPM.
- Sembahyang Hajat
- Jamuan Khas untuk Pelajar.
- PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS ( Sumber Pusat Perkembangan Kurikulum)
- Pendahuluan:
- Aspirasi untuk menjadi negara perindustrian bergantung besar kepada bidang sains dan teknologi. Kejayaan dalam menyediakan pendidikan sains dan matematik pada peringkat awal akan menjaminkan sebuah masyarakat berpengetahuan yang mampu bersaing di arena antarabangsa. Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jun 2002 telah membuat keputusan di mana pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik akan diajar dalam bahasa Inggeris. Pelaksanaan akan dimulakan pada tahun 2003 untuk Tahun Satu, Tingkatan Satu dan Tingkatan Enam.
- Rasional:
- Bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu dan bahasa hubungan antarabangsa maka pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris pada tahun 2003 adalah tepat pada waktunya. Langkah ini akan membolehkan pelajar memperolehi maklumat mengenai perkembangan terkini dalam bidang sains dan matematik di samping meningkatkan kebolehan mengakses maklumat dari pelbagai sumber. Pada masa yang sama ini memberi peluang kepada guru dan pelajar peluang menggunakan bahasa Inggeris dan meningkatkan profisiensi berkomunikasi dalam bahasa tersebut. Pengunaan alat bantu mengajar ICT juga akan membantu menjadikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik lebih menarik dan berkesan.
- Pelaksanaan:
- 1.Penyebaran Maklumat
Maklumat mengenai pelaksanaan disebar luas melalui Program Road-Show kepada:
- Pengetua / Guru Besar
- Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri
- Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah
- Ibu bapa
- Masyarakat Umum
- 2. Kesediaan Guru
Semua guru yang mengajar Sains dan Matematik telah menjalani latihan dalam tiga peringkat:
- Kursus orientasi kurikulum sains dan matematik bagi sekolah rendah dan menengah
- Latihan profisiensi bahasa Inggeris melalui Kursus 2 days on-site dan 5 days Full immersion.
- Latihan ICT untuk pengoperasian perkakasan notebook dan LCD.
- Seramai 27, 543 guru telah menerima latihan dan ini termasuk 2,585 dari sekolah jenis kebangsaan Cina dan 927 dari sekolah jenis kebangsaan Tamil.
- 3. Sekolah
- Set generator akan dibekalkan kepada sekolah yang tidak ada bekalan elektrik.
- Peruntukan 'one-off' sebanyak RM 5,000 - RM15,000.00 diberikan kepada sekolah untuk membeli peralatan tambahan.
- Semua sekolah yang dilengkapkan dengan projector LCD, skrin, speaker dan subwoofer, notebook dan troli.
- 4. Bahan Sokongan
- Teaching courseware dalam bahasa Inggeris.
- Skrip pengajaran dalam bahasa Inggeris.
- Pakej buku teks tambahan yang mengandungi buku teks jilid 1 dan 2, buku aktiviti murid, buku panduan guru, CD-Rom guru dan murid.
- Soalan Lazim /Frequently Ask Question(FAQ)
- Mengapa kerajaan melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris?
- Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa Inggeris kerana:
- Sains dan matematik adalah bidang ilmu yang sangat dinamik dan penyumbang kepada pembangunan negara.
- Sebahagian besar maklumat terkini mengenai bidang ini terdapat dalam bahasa Inggeris.
- Pendedahan awal kepada bahasa Inggeris memberi peluang mengakses maklumat.
- Bilakah Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Ingeeris?
- Mulai tahun 2003
- Bagaimanakah cara pelaksanaannya?
- Cara pelaksanaan ialah seperti yang berikut :
- Pada tahun 2003, pengajaran secara dalam bahasa Inggeris akan dilaksanakan di:
- Tahun 1 di semua sekolah rendah (SK, SRJKT, SRJKC) dan sekolah pendidikan khas (SPK)
- Tingkatan 1 di semua sekolah menengah kebangsaan (SMK)
- Tingkatan 6 Rendah di semua sekolah menengah kebangsaan (SMK)
- Pada tahun 2004, pengajaran secara sepenuhnya dalam bahasa Inggeris akan dilaksanakan di Program Matrikulasi
- Pada tahun 2008, pengajaran secara sepenuhnya dalam bahasa Inggeris akan dilaksanakan di Politeknik.
- Pada tahun 2003 juga pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris secara separa dilaksanakan di Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 6 Atas, Program Matrikulasi dan Politeknik.
- Apakah maksud pengajaran secara separa?
- Guru memilih tajuk-tajuk tertentu untuk diajar dalam bahasa Inggeris bergantung kepada kemampuan guru dan murid.
- Apakah bahan yang akan disediakan untuk guru dan murid?
- Untuk guru :
- Sukatan Pelajaran (SP) yang telah diubahsuai.
- Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) yang memperincikan kurikulum.
- Untuk murid :
- Buku teks
- Bahan-bahan multimedia
- Lembaran aktiviti murid
- Apakah sokongan lain yang disediakan?
- Untuk mempermudahkan penyampaian pelajaran, bahan-bahan yang berikut juga disediakan untuk guru :
- Kemudahan teknologi maklumat iaitu komputer, perkakasan komputer dan perisian.
- Perkakasan multimedia seperti projektor LCD dan skrin.
- Rancangan TV pendidikan dalam bahasa Inggeris.
- Bagaimana kerajaan membantu guru yang kurang yakin berbahasa Inggeris?
- Guru akan diberi kursus intensif bahasa Inggeris sebelum pelaksanaan.
- Seterusnya, guru boleh mengikuti modul atau latihan secara maya melalui Internet secara berterusan.
- Guru dibekalkan dengan glosari dan skrip pelajaran untuk digunakan jika perlu.
- Bagaimana pula dengan peperiksaan?
- Murid akan dibiasakan dengan soalan peperiksaan dalam dwibahasa ( bahasa Inggeris dan bahasa pengantar) mulai tahun 2003 hingga tahun 2007.
- Dalam tempoh transisi ini, murid boleh memilih untuk menjawab dalam mana-mana bahasa ( bahasa Inggeris dan bahasa pengantar), sebahagian atau sepenuhnya.
- Semua murid Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) dan Sekolah Menengah akan diberi soalan peperiksaan dalam bahasa Inggeris sepenuhnya dan dikehendaki menjawab dalam bahasa Inggeris sepenuhnya mulai tahun seperti berikut:
- UPSR - Tahun 2008
- PMR - Tahun 2008
- SPM - Tahun 2008
- STPM dan Matrikulasi - Tahun 2008 - Pengumuman penggunaan bahasa dalam peperiksaan UPSR 2008 untuk SJK Cina akan diumumkan pada satu masa yang belum ditetapkan.
- Mungkinkah kedudukan Bahasa Melayu berubah?
- Bahasa Melayu tetap menjadi bahasa penghantar utama dalam sistem persekolahan seperti yang termaktub di dalam Akta Pendidikan Kebangsaan (1996).
- Apakah tanggungjawab komuniti dalam hal ini?
- Komuniti perlu memberi kerjasama dan penglibatan sepenuhnya kepada pihak sekolah.
- Ibu bapa juga perlu memberi galakan dan keyakinan kepada anak-anak mereka.
- Apakah yang diharapkan dengan pelaksanaan dasar ini?
- Melahirkan golongan teknokrat yang boleh :
- menyumbang kepada pembangunan negara.
- berdaya saing di peringkat antarabangsa
Posted by Unit Pengawas SMKTF at 6:10 AM 0 comments
Pengurusan Kokurikulum
Dengan adanya pelbagai aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan, ianya akan mampu meningkatkan kualiti individu pelajar sama ada melibatkan diri dengan ahli masyarakat , aktif dalam sukan riadah ataupun meningkatkan tahap disiplin diri seperti terlibat dengan aktiviti badan beruniform.Adalah diharapkan dengan penglibatan aktif seumpama ini , pihak sekolah akan berupaya melahirkan produk yang benar-benar berkualiti serta mampu memberi sumbangan kepada negara,masyarakat dan negara.
Gerak kerja kokurikulum diasaskan atas kepercayaan bahawa :
1. Semua murid mempunyai bakat dan minat yang boleh dimajukan.
2. Semua murid boleh dididik dan boleh mendidik diri sendiri dan rakan sebaya.
3. Semua murid harus mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental (intelek) dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani.
4. Sekolah bertanggungjawab melahirkan murid untuk keperluan masyarakat.
5. Masyarakat juga bertanggungjawab dan boleh memainkan peranan dalam mendidik murid.
- Menyemai perasaan muhibbah perpaduan dan integrasi nasional di kalangan generasi muda. Keahlian terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa, kaum, masyarakat dan negeri. Interaksi berlaku sama ada secara langsung atau tidak langsung.Sehubungan dengan itu matlamat di atas tercapai.
- Peningkatan disiplin pelajar.Ianya berlaku secara langsung atau tidak langsung. Contoh secara langsung ialah hampir semua pasukan berseragam mewajibkan kawat atau asas perbarisan dan mementingkan pelaksanaan di kalangan ahli. Manakala secara tidak langsung ianya dilaksanakan melalui pengawasan dan perlantikan ketua dan jawatankuasa yang menguatkuasakan peraturan terhadap ahli persatuan mereka.
- Pengalaman yang menyeluruh dan keseimbangan dengan pendidikan formal.Pembelajaran dan pengajaran tidak semata-mata di dalam bilik darjah. Ia rsatuan, kelab, sukan dan permainan. Ia berlaku sama ada formal, informal atau pun nonformal
- Menanam, memupuk dan memberi latihan awal dari aspek kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan di kalangan pelajar.Ini dapat dilaksanakan dalam latihan berorganisasi dalam berpersatuan. Selain daripada itu melalui aktiviti-aktiviti yang dilakukan juga dapat membantu untuk berinteraksi dengan masyarakat.
- Menyumbangkan usaha membina iklim, budaya dan tempat yang menarik dan menyeronokkan. Sekolah bukan sahaja untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik malahan juga untuk mencungkil bakat yang semulajadi ada dalam diri pelajar.
Kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan dapat mencapai hasrat ini. - Perimbangan antara perkembangan intelek (akademik) dengan perkembangan jasmani, rohani dan emosi. Perkembangan intelek, jasmani, rohani dan emosi seseorang perlulah seimbang dan seiring. Sekiranya ketidakseimbangan berlaku, ia akan memudaratkan diri sendiri. Tegasnya melalui pelbagai aktiviti kokurikulum yang disediakan, diharapkan dapat melepaskan ketegangan perasaan, emosi dan kepenatan fisiologi yang dihadapi semasa belajar dan bekerja.
- Pengisian masa lapang dengan berfaedah. Melalui aktiviti kokurikulum, budaya lepak dapat dikurangkan. Masa lapang para pelajar dapat diisikan dengan perkara yang berfaedah seterusnya memberikan kegembiraan serta pembinaan kesihatan dan kesejahteraan diri.
- Menyemai nilai-nilai pendidikan dalam gerak kerja kokurikulum.
Posted by Unit Pengawas SMKTF at 6:08 AM 0 comments