Wednesday, November 3, 2010
Lokasi SMK Taman Fajar
Terdapat dua perumahan yang amat hampir ( Sebelah pagar sahaja) iaitu Taman Rimba dan Taman Fajar. Berdasarkan kepada peta , kedudukan kami amat hampir dengan kawasan perniagaan seperti Bandar Labuk Jaya ( Dalam Pembangunan) , Fajaria dan Bandar Sibuga Jaya.Ini memudahkan urusan penduduk sekitarnya .Kawasan ini merupakan satu kawasan yang banyak kawasan penempatan yang padat dan sesuailah mengapa terdapat beberapai sekolah menengah dan rendah bagi menampung keperluan pendidikan penduduk sekitarnya.
Dengan kemajuan pesat di kawasan ini, kemudahan perhubungan jalanraya juga telah dipertingkatkan lagi dengan siapnya beberapa jalanraya yang meliputi keseluruhan Daerah Sandakan bermula sekitar Batu 7 ( Kilometer 11 Jalan Labuk )sehinggalah ke kawasan Batu Sapi.Kemudahan seumpama ini menjadikan Sandakan satu kawasan yang mudah dilawati bagi tujuan pelancongan.Datanglah sendiri.
Posted by Unit Pengawas SMKTF at 6:18 AM 0 comments
Sejarah SMK Taman Fajar
Kami mula dibuka untuk operasi pada Disember tahun 1992 dengan memiliki dua bangunan utama.Pada ketika itu , hanya terdapat pelajar Tingkatan satu ( 4 Kelas ), Tingkatan dua ( 1 Kelas ) dan Tingkatan 4 ( 1 Kelas ) sahaja.Ini bermakna PMR dan SPM kami bermula pada tahun 1993.Pada peringkat awalnya ,sekolah ini diberi nama SMK Sandakan II tetapi kemudiannya diubah kepada SMK Taman Fajar.
Posted by Unit Pengawas SMKTF at 6:13 AM 0 comments
Latar Belakang
SMK Taman Fajar WDT.No 83 90500 Sandakan Sabah.Boleh dihubungi di talian 089-668122 dan email di smkfajar@tm.net.my .Kami merupakan sebuah sekolah gred B dan dikategorikan sebagai sekolah bandar.Kedudukan kami yang strategik iaitu berhampiran dengan pusat pentadbiran kerajaan negeri dan persekutuan serta berhampiran dengan Lapangan Terbang Sandakan.
Posted by Unit Pengawas SMKTF at 6:11 AM 0 comments
Pengurusan Panitia
- Penyediaan Rancangan Tahunan setiap mata pelajaran.
- Mengemaskini dan membuat perancangan mengikut Panitia.
- Kursus-kursus Dalaman yang berkaitan dengan subjek.
- Persediaan Minggu Akademik mengikut subjek sepanjang tahun yang biasanya dibuat secara bergilir setiap subjek.
- Ujian dan Peperiksaan Dalaman.
- Kelas-Kelas Tambahan.
- Program Cemerlang,Gemilang dan Terbilang Kurikulum PMR dan SPM.
- Kelas-Kelas GALUS dan KUANTUM PMR dan SPM.
- Pelaporan Panitia
- ETeMS /PPSMI
- Program Penghargaan - Anugerah Bestari
- Program Gerak Gempur PMR dan SPM.
- Sembahyang Hajat
- Jamuan Khas untuk Pelajar.
- PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS ( Sumber Pusat Perkembangan Kurikulum)
- Pendahuluan:
- Aspirasi untuk menjadi negara perindustrian bergantung besar kepada bidang sains dan teknologi. Kejayaan dalam menyediakan pendidikan sains dan matematik pada peringkat awal akan menjaminkan sebuah masyarakat berpengetahuan yang mampu bersaing di arena antarabangsa. Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jun 2002 telah membuat keputusan di mana pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik akan diajar dalam bahasa Inggeris. Pelaksanaan akan dimulakan pada tahun 2003 untuk Tahun Satu, Tingkatan Satu dan Tingkatan Enam.
- Rasional:
- Bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu dan bahasa hubungan antarabangsa maka pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris pada tahun 2003 adalah tepat pada waktunya. Langkah ini akan membolehkan pelajar memperolehi maklumat mengenai perkembangan terkini dalam bidang sains dan matematik di samping meningkatkan kebolehan mengakses maklumat dari pelbagai sumber. Pada masa yang sama ini memberi peluang kepada guru dan pelajar peluang menggunakan bahasa Inggeris dan meningkatkan profisiensi berkomunikasi dalam bahasa tersebut. Pengunaan alat bantu mengajar ICT juga akan membantu menjadikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik lebih menarik dan berkesan.
- Pelaksanaan:
- 1.Penyebaran Maklumat
Maklumat mengenai pelaksanaan disebar luas melalui Program Road-Show kepada:
- Pengetua / Guru Besar
- Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri
- Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah
- Ibu bapa
- Masyarakat Umum
- 2. Kesediaan Guru
Semua guru yang mengajar Sains dan Matematik telah menjalani latihan dalam tiga peringkat:
- Kursus orientasi kurikulum sains dan matematik bagi sekolah rendah dan menengah
- Latihan profisiensi bahasa Inggeris melalui Kursus 2 days on-site dan 5 days Full immersion.
- Latihan ICT untuk pengoperasian perkakasan notebook dan LCD.
- Seramai 27, 543 guru telah menerima latihan dan ini termasuk 2,585 dari sekolah jenis kebangsaan Cina dan 927 dari sekolah jenis kebangsaan Tamil.
- 3. Sekolah
- Set generator akan dibekalkan kepada sekolah yang tidak ada bekalan elektrik.
- Peruntukan 'one-off' sebanyak RM 5,000 - RM15,000.00 diberikan kepada sekolah untuk membeli peralatan tambahan.
- Semua sekolah yang dilengkapkan dengan projector LCD, skrin, speaker dan subwoofer, notebook dan troli.
- 4. Bahan Sokongan
- Teaching courseware dalam bahasa Inggeris.
- Skrip pengajaran dalam bahasa Inggeris.
- Pakej buku teks tambahan yang mengandungi buku teks jilid 1 dan 2, buku aktiviti murid, buku panduan guru, CD-Rom guru dan murid.
- Soalan Lazim /Frequently Ask Question(FAQ)
- Mengapa kerajaan melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris?
- Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa Inggeris kerana:
- Sains dan matematik adalah bidang ilmu yang sangat dinamik dan penyumbang kepada pembangunan negara.
- Sebahagian besar maklumat terkini mengenai bidang ini terdapat dalam bahasa Inggeris.
- Pendedahan awal kepada bahasa Inggeris memberi peluang mengakses maklumat.
- Bilakah Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Ingeeris?
- Mulai tahun 2003
- Bagaimanakah cara pelaksanaannya?
- Cara pelaksanaan ialah seperti yang berikut :
- Pada tahun 2003, pengajaran secara dalam bahasa Inggeris akan dilaksanakan di:
- Tahun 1 di semua sekolah rendah (SK, SRJKT, SRJKC) dan sekolah pendidikan khas (SPK)
- Tingkatan 1 di semua sekolah menengah kebangsaan (SMK)
- Tingkatan 6 Rendah di semua sekolah menengah kebangsaan (SMK)
- Pada tahun 2004, pengajaran secara sepenuhnya dalam bahasa Inggeris akan dilaksanakan di Program Matrikulasi
- Pada tahun 2008, pengajaran secara sepenuhnya dalam bahasa Inggeris akan dilaksanakan di Politeknik.
- Pada tahun 2003 juga pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris secara separa dilaksanakan di Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 6 Atas, Program Matrikulasi dan Politeknik.
- Apakah maksud pengajaran secara separa?
- Guru memilih tajuk-tajuk tertentu untuk diajar dalam bahasa Inggeris bergantung kepada kemampuan guru dan murid.
- Apakah bahan yang akan disediakan untuk guru dan murid?
- Untuk guru :
- Sukatan Pelajaran (SP) yang telah diubahsuai.
- Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) yang memperincikan kurikulum.
- Untuk murid :
- Buku teks
- Bahan-bahan multimedia
- Lembaran aktiviti murid
- Apakah sokongan lain yang disediakan?
- Untuk mempermudahkan penyampaian pelajaran, bahan-bahan yang berikut juga disediakan untuk guru :
- Kemudahan teknologi maklumat iaitu komputer, perkakasan komputer dan perisian.
- Perkakasan multimedia seperti projektor LCD dan skrin.
- Rancangan TV pendidikan dalam bahasa Inggeris.
- Bagaimana kerajaan membantu guru yang kurang yakin berbahasa Inggeris?
- Guru akan diberi kursus intensif bahasa Inggeris sebelum pelaksanaan.
- Seterusnya, guru boleh mengikuti modul atau latihan secara maya melalui Internet secara berterusan.
- Guru dibekalkan dengan glosari dan skrip pelajaran untuk digunakan jika perlu.
- Bagaimana pula dengan peperiksaan?
- Murid akan dibiasakan dengan soalan peperiksaan dalam dwibahasa ( bahasa Inggeris dan bahasa pengantar) mulai tahun 2003 hingga tahun 2007.
- Dalam tempoh transisi ini, murid boleh memilih untuk menjawab dalam mana-mana bahasa ( bahasa Inggeris dan bahasa pengantar), sebahagian atau sepenuhnya.
- Semua murid Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) dan Sekolah Menengah akan diberi soalan peperiksaan dalam bahasa Inggeris sepenuhnya dan dikehendaki menjawab dalam bahasa Inggeris sepenuhnya mulai tahun seperti berikut:
- UPSR - Tahun 2008
- PMR - Tahun 2008
- SPM - Tahun 2008
- STPM dan Matrikulasi - Tahun 2008 - Pengumuman penggunaan bahasa dalam peperiksaan UPSR 2008 untuk SJK Cina akan diumumkan pada satu masa yang belum ditetapkan.
- Mungkinkah kedudukan Bahasa Melayu berubah?
- Bahasa Melayu tetap menjadi bahasa penghantar utama dalam sistem persekolahan seperti yang termaktub di dalam Akta Pendidikan Kebangsaan (1996).
- Apakah tanggungjawab komuniti dalam hal ini?
- Komuniti perlu memberi kerjasama dan penglibatan sepenuhnya kepada pihak sekolah.
- Ibu bapa juga perlu memberi galakan dan keyakinan kepada anak-anak mereka.
- Apakah yang diharapkan dengan pelaksanaan dasar ini?
- Melahirkan golongan teknokrat yang boleh :
- menyumbang kepada pembangunan negara.
- berdaya saing di peringkat antarabangsa
Posted by Unit Pengawas SMKTF at 6:10 AM 0 comments
Pengurusan Kokurikulum
Dengan adanya pelbagai aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan, ianya akan mampu meningkatkan kualiti individu pelajar sama ada melibatkan diri dengan ahli masyarakat , aktif dalam sukan riadah ataupun meningkatkan tahap disiplin diri seperti terlibat dengan aktiviti badan beruniform.Adalah diharapkan dengan penglibatan aktif seumpama ini , pihak sekolah akan berupaya melahirkan produk yang benar-benar berkualiti serta mampu memberi sumbangan kepada negara,masyarakat dan negara.
Gerak kerja kokurikulum diasaskan atas kepercayaan bahawa :
1. Semua murid mempunyai bakat dan minat yang boleh dimajukan.
2. Semua murid boleh dididik dan boleh mendidik diri sendiri dan rakan sebaya.
3. Semua murid harus mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental (intelek) dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani.
4. Sekolah bertanggungjawab melahirkan murid untuk keperluan masyarakat.
5. Masyarakat juga bertanggungjawab dan boleh memainkan peranan dalam mendidik murid.
- Menyemai perasaan muhibbah perpaduan dan integrasi nasional di kalangan generasi muda. Keahlian terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa, kaum, masyarakat dan negeri. Interaksi berlaku sama ada secara langsung atau tidak langsung.Sehubungan dengan itu matlamat di atas tercapai.
- Peningkatan disiplin pelajar.Ianya berlaku secara langsung atau tidak langsung. Contoh secara langsung ialah hampir semua pasukan berseragam mewajibkan kawat atau asas perbarisan dan mementingkan pelaksanaan di kalangan ahli. Manakala secara tidak langsung ianya dilaksanakan melalui pengawasan dan perlantikan ketua dan jawatankuasa yang menguatkuasakan peraturan terhadap ahli persatuan mereka.
- Pengalaman yang menyeluruh dan keseimbangan dengan pendidikan formal.Pembelajaran dan pengajaran tidak semata-mata di dalam bilik darjah. Ia rsatuan, kelab, sukan dan permainan. Ia berlaku sama ada formal, informal atau pun nonformal
- Menanam, memupuk dan memberi latihan awal dari aspek kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan di kalangan pelajar.Ini dapat dilaksanakan dalam latihan berorganisasi dalam berpersatuan. Selain daripada itu melalui aktiviti-aktiviti yang dilakukan juga dapat membantu untuk berinteraksi dengan masyarakat.
- Menyumbangkan usaha membina iklim, budaya dan tempat yang menarik dan menyeronokkan. Sekolah bukan sahaja untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik malahan juga untuk mencungkil bakat yang semulajadi ada dalam diri pelajar.
Kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan dapat mencapai hasrat ini. - Perimbangan antara perkembangan intelek (akademik) dengan perkembangan jasmani, rohani dan emosi. Perkembangan intelek, jasmani, rohani dan emosi seseorang perlulah seimbang dan seiring. Sekiranya ketidakseimbangan berlaku, ia akan memudaratkan diri sendiri. Tegasnya melalui pelbagai aktiviti kokurikulum yang disediakan, diharapkan dapat melepaskan ketegangan perasaan, emosi dan kepenatan fisiologi yang dihadapi semasa belajar dan bekerja.
- Pengisian masa lapang dengan berfaedah. Melalui aktiviti kokurikulum, budaya lepak dapat dikurangkan. Masa lapang para pelajar dapat diisikan dengan perkara yang berfaedah seterusnya memberikan kegembiraan serta pembinaan kesihatan dan kesejahteraan diri.
- Menyemai nilai-nilai pendidikan dalam gerak kerja kokurikulum.
Posted by Unit Pengawas SMKTF at 6:08 AM 0 comments
PENGURUSAN KURIKULUM
- Ketua Panitia Bahasa Melayu
- Ketua Panitia Bahasa Inggeris
- Ketua Panitia Sains
- Ketua Panitia Matematik
- Ketua Panitia Sejarah
- Ketua Panitia Geografi
- Ketua Panitia Pendidikan Islam
- Ketua Panitia Pendidikan Moral
- Ketua Panitia Kemahiran Hidup
- Ketua Panitia Perdagangan
- Ketua Panitia Ekonomi Asas
- Ketua Panitia Prinsip Akaun
- Ketua Panitia Kesusasteraan Melayu
- Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual
- Ketua Panitia Matematik Tambahan
- Ketua Panitia Seni Reka Tanda MPV
- Ketua Panitia Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
- Pengurus Makmal Komputer
- Pengurus Pusat Sumber
- Semua guru Sains dan Matematik serta Bahasa Inggeris
- Kemudahan Sedia Ada :
Posted by Unit Pengawas SMKTF at 6:06 AM 0 comments
PENTADBIRAN UTAMA SEKOLAH
Pengurusan sekolah melibatkan pengurusan akademik , hal ehwal murid dan ko kurikulum.Semua ini dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada pengetua sekolah.Walau bagaaimanapun , untuk keberkesanan urus tadbir sekolah , pengetua dibantu oleh beberapa pembantu kanan bagi menyelia dan menguruskan perkara berkenaan.hal ehwal kakitangan , pentadbiran sekolah yang lain menjadi tanggungjawab pengetua seperti menyediakan kelengkapan , pengurusan kewangan dan perkhidmatan kakitangan , keperluan-keperluan sekolah dan sebagainya.
Penolong Kanan Kurikulum
Bertanggungjawab kepada pengurusan kurikulum yang merupakan agenda penting sekolah.Beliau perlu merancang apa jua aktiviti yang berkaitan dengan akademik yang sudah pasti melibatkan aktiviti di dalam dan luar bilik darjah.Semua guru adalah tertakluk dalam bidang kuasanya khusus dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Antara program tahunan yang kerap menjadi agenda utama kurikulum antara lain ialah :
- Pengurusan jadual waktu guru dan pelajar.
- Kelas Tambahan.
- Kelas untuk Program Cemerlang,Gemilang dan Terbilang.
- Hari Anugerah Bestari
- Pembentuk dasar pelajaran di sekolah.
- Pengurusan Pusat Sumber.
- Pengurusan Makmal Kompuer.
- Pengurusan Panitia.
- Perancangan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran.
- Dan lain-lain.
Bertanggungjawab merancang,mengurus dan melaksanakan pelbagai aktiviti dan program untuk meningkatkan kualiti,kebajikan dan disiplin pelajar.Ia juga berperanan untuk menetapkan garis panduan pengurusan murid berpandukan peraturan-peraturan pelajaran yang telah ditetapkan agar sebarang perancangan berada pada landasan yang betul.Antara tanggungjawab :
- Mengurus dan mentadbir jawatankuasa Pengurusan Unit HEM dalam mentadbir apa jua yang berkaitan dengan pelajar.
- Menyediakan perancangan strategik sekolah untuk dilaksanakan sepanjang tahun.
- Menetapkan dasar yang berlandaskan peraturan dan undang-undang sekolah.
- Mengutamakan kebajikan pelajar.
- Merancang pelbagai aktiviti yang dipertanggungjawabkan ke atas setiap jawatankuasa pengurusan hal ehwal murid.
Bertanggungjawab melaksanakan segala perancangan aktiviti yang berkaitan dengan aktiviti ko kurikulum pelajar. Untuk tujuan ini, segala aktiviti ko kurikulum hendaklah dilaksanakan agar dapat memantapkan lagi peranan pelajar dalam membantu pencapaian mereka dalam bidang akademik dan disiplin di dalam sekolah.Aktiviti dibahagikan mengikut kategori :
- Unit Pakaian Seragam sekolah seperti Kadet Polis , Kadet Remaja Sekolah dll.
- Persatuan dan Kelab.
- Sukan dan Permainan.
- Kegiatan mingguan.
- Hari Ko Kurikulum.
- Penglibatan pelajar dalam apa jua aktiviti/pertandingan peringkat dalam dan luar sekolah seperti peringkat daerah atau gabungan.
- Pengurusan persatuan mengikut unit setiap masa.
Bertanggungjawab sepenuhnya kepada pengurusan sekolah khususnya berkaitan pelajar dan guru bagi sidang petang. Beliau juga bertanggungjawab sepenuhnya mengawal berkaitan dengan hal-hal akademik dan murid sidang petang.
Posted by Unit Pengawas SMKTF at 6:02 AM 0 comments
Piagam Sekolah
Menjadikan sekolah unggul dari segi Disiplin bagi mencapai Kecemerlangan Akademik , Ko-Kurikulum dan Ketrampilan Diri Pelajar.
Agenda Sekolah
Kami warga sekolah dengan sesungguhnya bercita-cita untuk mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Harapan Negeri dan Negara dalam tempoh 2004 - 2005.Sehubungan dengan itu , kami berjanji dan berikrar akan bekerja kuat dan bersungguh-sungguh bagi memastikan agenda sekolah menjadi kenyataan.
Anak Didik
- Memberi perkhidmatan pendidikan yang bermutu tinggi tanpa mengira agama , taraf ekonomi dan taraf kecerdasan.
- Berusaha sedaya mungkin untuk menyedarkan dan memotivasikan mereka ke arah kecemerlangan akademik dan akhlak.
- Penekanan pentingnya disiplin kendiri, ilmu dan bercita-cita tinggi untuk mencapai wawasan.
- Menanam sikap yakin diri , sabar , tabah , positif dan mengamalkan slogan ' Saya Boleh ' dalam semua bidang.
- Mendisiplinkan diri melalui asuhan berteraskan ajaran Islam dan nilai-nilai ketimuran.
- Mengembangkan daya fikiran kreatif , inovatif , pro aktif dan persediaan maksimum untuk peperiksaan PMR dan SPM.
- Mengamalkan dasar terbuka , akauntabiliti dan permuafakatan dalam menangani sebarang masalah.
- Menyedarkan mereka bahawa kemajuan pendidikan anak-anak adalah tanggungjawab bersama yang memerlukan pengorbanan masa , tenaga dan kewangan.
- Mengutamakan perkhidmatan kaunter yang mesra dan cekap.
- Sentiasa peka dan bertindak cepat dalam sebarang arahan kementerian/jabatan.
- Menyegerakan urusan laporan dan surat-menyurat kementerian/jabatan dalam trempoh masa yang ditetapkan.
- Menjaga imej kementerian/jabatan dengan mengutamakan permuafakatan dalam menangani masalah.
- Mengawasi dan menjimatkan kos , sumber , perbelanjaan dan peralatan kerajaan.
- Mewujudkan dan mengembangkan 'Anjakan Paradigma', kementerian/jabatan di kalangan kakitangan dan anak didik sekolah.
Posted by Unit Pengawas SMKTF at 5:58 AM 0 comments
Pengurusan Pentadbiran SMK Taman Fajar
Posted by Unit Pengawas SMKTF at 5:51 AM 0 comments