BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, July 19, 2011

Info Terkini

Pada 21 Julai, mesyuarat pengawas akan diadakan untuk membincangkan mengenai peralihan kuasa dari ketua pengawas yang lama, (Mohd Zubir Zailani) kepada yang akan dilantik (Mohd Afif Faiz). Mesyuarat tersebut akan membincangkan pelbagai agenda lain bagi memantapkan disiplin pelajar mahupun pengawas untuk mencapai matlamat unit pengawas iaitu 'Kearah Masalah Disiplin Sifar'.

Ketua Pengawas,
Mohd Zubir

Tuesday, March 1, 2011

Laporan Bulan Febuari

اونيت ڤڠاوس سكوله منڠه تامن فاجر ساندقن
UNIT PENGAWAS
SMK TAMAN FAJAR SANDAKAN SABAH
W.D.T 83,RUMAH PERSEKUTUAN
90500 SANDAKAN, SABAH, MALAYSIA
Telefon : 089 – 668122     Email : smkfajar@tm.net.my             Blog : mppsmktf@blogspot.com



Ruj. 02.03.11

Laporan Salah Laku Disiplin Pelajar Bulan Febuari



Sepanjang bulan Febuari, unit pengawas yang dipimpin Mohd Zubir telah memulakan pemeriksaan salah laku disiplin murid.  Tiada lagi alasan bagi pelajar yang melanggar peraturan sekolah. Tindakan disiplin dikenakan keatas pesalah laku disiplin.
Lampiran dilampirkan bersama laporan ini. Terdapat 39 orang pelajar yang datang lewat ke sekolah, 34 orang pelajar yang berambut panjang, 4 orang tidak mempunyai tali leher, 4 pelajar perempuan yang memakai tudung pendek, 25 orang  tidak mempunyai tanda nama, 42 pelajar yang memakai seluar kecil, 2 orang pelajar tidak mempunyai lencana sekolah dan 32 kesalahan-kesalahan lain.
Pengawas menghadapi kesulitan dalam menjalankan tugas sewaktu rehat kerana kebanyakan pelajar susah untuk mendengar arahan. Tindakan mencatat nama dan kesalahan terpaksa dilakukan. Tahap kebersihan kantin sekolah amat membanggakan kerana sampah telah berkurangan selepas rehat.
                Keadaan disiplin pada bulan Februari agak mendukacitakan. Peraturan baru telah diperkenalkan dimana pelajar tidak dibenarkan lagi bertugas sewaktu perhimpunan. Pelajar yang bertugas hendaklah datang awal ke sekolah untuk tujuan membersihkan kelas.

“Kearah Masalah Disiplin Sifar”


Setiausaha Unit Pengawas,


___________________
(Valerie Claire Edward)


sk.fail